Kolej Pendidikan Perdana

Kolej Swasta Pendidikan Pertama di Malaysia

Kolej Pendidikan Perdana

Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA)

Penubuhan KOPEDA adalah bertujuan mengisi kekosongan yang wujud bagi latihan guru-guru di luar bidangkuasa Kementerian Pelajaran, sama ada di sektor swasta, badan berkanun atau pun institusi-institusi milik Kerajaan Negeri dan juga Agensi-Agensi tertentu Kerajaan Pusat. Dalam latihan tersebut matlamat dan fokusnya adalah penghasilan guru-guru terlatih yang mantap, berwibawa serta bersedia menghadapi cabaran-cabaran masa kini.

Pada tahun-tahun awalan penubuhannya (1994-2003) program-program yang dikendalikan adalah dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, dan secara berkembar dengan IPTA. Program-program ini adalah seperti berikut:

  • Kursus Perguruan Asas (KPA)
  • Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)
  • Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)
  • Kursus Bacelor Pendidikan (B. Ed.)

Seterusnya program-program yang sedang dikendalikan olehnya adalah milik sendiri, iaitu:

  • Kursus Sijil Perguruan Prasekolah (SPP)**
  • Kursus Sijil Perguruan Asas (SPA)**
  • Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK)*
  • Kursus Diploma In English (DIE)***
  • Kursus Short English Courses (SEC)***

Selain daripada kursus-kursus di atas KOPEDA juga sedang berusaha mempelbagaikan program-program yang dikendalikannya itu.

Catatan :

  • * Telah mendapat akreditasi
  • ** Akreditasi yang diperolehnya telah tamat tempoh dan sedang diperbaharui
  • *** Telah tamat tempoh sahlakunya dan dalam proses pembaharuan.
  1. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK)
  2. Sijil Perguruan Prasekolah (KPP)
  3. Sijil Perguruan Asas (KPA)