Kolej Pendidikan Perdana

Kolej Swasta Pendidikan Pertama di Malaysia

'Aktiviti'

Kem Bina Insan Guru

April 20th, 2009. Published under Aktiviti. 225 Comments.

19 Disember 2008 - 21 Disember 2008 (Jumaat - Ahad) Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) Kohort 2,3,4 & 5 telah menjalani Kem Bina Insan Guru di Dusun Eco Resort Bentong Pahang anjuran Kolej Pendidikan Perdana Shah Alam. Seramai 42 orang pelajar telah mengikuti Kem tersebut.

Peserta Kem Bina Insan Guru

Peserta Kem Bina Insan Guru

Acara bermula seawal 7.30 pagi, berkumpul di dewan kuliah dengan mendengar ucapan dan bacaan doa dari Y.Bhg Datuk Hj Azmi Junid dan Pensyarah Pembimbing BIG Tn Hj Abidin Bin Basri. Bertolak tepat jam 9.00 pagi dan tiba di Dusun Eco Resort pada pukul 11.00 pagi.

Pelbagai program telah diatur oleh pihak penganjur bagi mencapai objektif dan tujuan semaksima mungkin. Diantara program-program tersebut termasuklah Abseiling, Rentas berhalangan, Jungle tracking & Kajian Flora Fauna, Flying fox,Projek kumpulan, Sukan Akuatik , Sukan rekreasi, Senaman Tai Chi, persembahan antara kumpulan,solat berjemaah, tazkirah pagi, post moterm dan ujian penilaian bagi setiap pelajar.

Objektif program :
Bertujuan untuk memenuhi jumlah kredit mata pelajaran Bina Insan Guru bagi membina semangat jati diri pendidik, memupuk nilai positif dalam profesion perguruan dan memperkukuhkan hubungan mesra diantara para pelajar.

Projek Berkumpulan

Projek Berkumpulan

Flying Fox

Flying Fox

Jungle Trekking

Jungle Trekking